Limitasi NotebookLM mula terasa jelas apabila anda cuba menggunakannya sebagai alat utama untuk penyelidikan jangka panjang. Pada awalnya, ia kelihatan seperti penyelesaian ideal: muat naik sumber sendiri, tanya soalan, dan dapatkan analisis berpandukan bahan tersebut tanpa “halusinasi” daripada web umum.
Sebagai pembantu penyelidikan berasaskan AI daripada Google, NotebookLM memang mempunyai kelebihan unik. Ia menganalisis hanya bahan yang anda muat naik seperti PDF, Google Docs, pautan laman web atau transkrip YouTube. Ini menjadikannya lebih terkawal dan lebih boleh dipercayai berbanding AI generatif biasa.
Ciri seperti Audio Overview pula menukar bahan penyelidikan kepada perbualan gaya podcast, sangat berguna untuk memahami kertas kajian ketika walau dimana pun berada sama ada sedang memandu atau berjalan.
Namun, apabila digunakan secara konsisten untuk kerja sebenar, beberapa kekangan asas mula kelihatan.
5 limitasi utama NotebookLM yang perlu anda tahu
1. Tiada Fungsi Eksport Yang Praktikal
Salah satu limitasi NotebookLM paling ketara ialah ketiadaan fungsi eksport yang baik.
Selepas berjam-jam menyusun analisis daripada pelbagai sumber, anda mungkin mahu:
-
Kongsi hasil dengan pasukan
-
Simpan dalam format PDF
-
Pindahkan ke Notion atau Obsidian
-
Gunakan dalam dokumen rasmi
Malangnya:
-
Tiada butang eksport penuh
-
Format akan rosak jika copy-paste
-
Pautan sitasi tidak dipindahkan dengan kemas
-
Transkrip Audio Overview tidak boleh dimuat turun secara rasmi
Ini menjadikan semua hasil kerja “terperangkap” dalam ekosistem NotebookLM. Untuk alat penyelidikan, kebolehan eksport bukan ciri tambahan, ia keperluan asas.
Contoh:
2. Tiada Memori Antara Notebook
NotebookLM menggunakan sistem berasaskan “notebook berasingan”. Setiap projek diasingkan.
Secara teori, ini nampak teratur.
Tetapi dalam praktik:
-
Notebook tidak boleh berhubung antara satu sama lain
-
Tiada rujukan silang automatik
-
Tiada cadangan “anda pernah bincang topik ini sebelum ini”
-
Tiada graf pengetahuan menyeluruh
Jika anda mengkaji topik yang saling berkait dalam beberapa projek, NotebookLM tidak akan membantu menghubungkannya.
Setiap notebook bermula dari kosong.
Untuk penyelidikan jangka panjang, ini melemahkan nilai kumulatif ilmu yang sepatutnya terbina.
Contoh:
3. Tiada Sistem Pengurusan Tugasan
Dalam proses penyelidikan, kita sering menemui perkara seperti:
-
Jurang data
-
Hujah bertentangan
-
Soalan lanjutan
-
Idea untuk disemak semula
Namun NotebookLM tidak mempunyai:
-
Senarai tugasan
-
Penanda “follow-up”
-
Tag status
-
Sistem penjejakan soalan terbuka
Ia direka untuk menjana jawapan, bukan mengurus aliran kerja.
Akibatnya, ramai pengguna terpaksa menggunakan aplikasi tambahan seperti Todoist atau Notion untuk menjejak tugasan sekaligus menggagalkan matlamat “workspace serba lengkap”.
Contoh:
4. Citation Tidak Cukup Mendalam Untuk Penyelidikan Serius
Walaupun NotebookLM menyediakan citation dalaman, tahap ketepatannya masih terhad.
Kekangannya termasuk:
-
Tiada nombor halaman khusus untuk PDF panjang
-
Tiada format citation automatik (APA, MLA, Chicago)
-
Tiada sejarah rujukan merentas perbualan
-
Tiada amaran jika sumber berbeza digunakan untuk soalan sama
Untuk kerja akademik atau penyelidikan formal, ini bermasalah.
Anda masih perlu menyemak manual untuk memastikan ketepatan rujukan. Bagi penggunaan santai atau brainstorming, ia mencukupi. Tetapi untuk kertas akademik atau laporan rasmi, ia belum memadai.
Contoh:
5. Tiada Carian Global & Penemuan Semula (Rediscovery)
Apabila bilangan notebook bertambah, satu masalah baru muncul:
-
Tiada carian global merentas semua notebook
-
Tiada feed aktiviti terkini
-
Tiada cadangan pintar berdasarkan projek lama
-
Tiada mekanisme “resurface” idea lama
Selepas beberapa projek, pengguna mula lupa apa yang telah mereka simpan.
Secara teknikal, maklumat masih ada. Tetapi tanpa sistem penemuan semula, ia seolah-olah hilang. Alat pengurusan pengetahuan yang baik sepatutnya membantu kita mengingati bukan bergantung sepenuhnya kepada ingatan kita.
Contoh:
Isu Ini Bukan Masalah Kecil
Limitasi NotebookLM ini bukan kes terpencil atau keperluan “power user”.
Sebaliknya, ia melibatkan elemen asas penyelidikan:
-
Portabiliti hasil kerja
-
Memori merentas projek
-
Pengurusan tugasan
-
citation formal
-
Penemuan semula ilmu
NotebookLM sangat mengagumkan dalam sesi 20 minit.
Tetapi apabila digunakan selama berminggu-minggu, kekangan struktur ini menjadi semakin jelas.
Adakah NotebookLM Masih Berbaloi?
Jawapannya: ya
Tetapi dengan jangkaan yang realistik.
NotebookLM sesuai untuk:
-
Sintesis cepat daripada bahan sendiri
-
Brainstorming berpandukan sumber
-
Mendengar ringkasan melalui Audio Overview
-
Analisis awal sebelum dokumentasi rasmi
Namun, ia belum bersedia menggantikan sepenuhnya:
-
Sistem PKM (Personal Knowledge Management)
-
Perisian sitasi akademik
-
Alat pengurusan projek
-
Workspace kolaboratif penuh
Ia kuat dari segi AI.
Tetapi masih lemah dari segi “scaffolding” atau struktur sokongan kerja sebenar.
Kesimpulan
NotebookLM mempunyai potensi besar sebagai pembantu penyelidikan berasaskan sumber sendiri. Pendekatan “grounded on your material” membezakannya daripada banyak AI lain.
Namun, beberapa limitasi NotebookLM seperti tiada eksport penuh, tiada memori merentas notebook, dan sistem sitasi terhad menjadikannya belum cukup matang untuk menjadi alat penyelidikan utama jangka panjang.
Jika Google menambah baik struktur asas ini, NotebookLM berpotensi menjadi workspace penyelidikan yang benar-benar menyeluruh.
Buat masa ini, ia lebih sesuai sebagai pelengkap bukan pengganti sepenuhnya sistem kerja anda.
Kredit & Rujukan
Artikel ini diolah dan dikembangkan berdasarkan penulisan asal oleh:
Beatrice Manuel
https://www.xda-developers.com/notebooklm-limitations/
Isi kandungan telah ditulis semula, diperluas dan disesuaikan dalam Bahasa Melayu untuk tujuan penerangan dan analisis